heyy guys ..thank you for viewing my official page okay .. do follow do talk to my shout box ..tehee ~ im simple girl only .. ''LOVE RED LOVE ME ! LOVE BEAR LOVE ME ! LOVE CAT ALSO LOVE ME .. ~~ .. '' im so crazy of them ..thats all .. ~do not forget to follow me~thank you dear friends .. TiNgGtOnK !

Saturday, 28 January 2012

kelebihan kaum hawa :)

Assalamuakailum ,
 hey blogger :) .. hari ni kirara nak update fasal kelebihan kaum hawa ..wahhh bangganya aku dilahirkan menjadi seorang perempuan :) . heeee .. so jgn laa kita mengeluh oke dengan apa yg dikurniakan oleh-NYA :) .lai2 jum baca :-)



----------------------------- WAJIB BACA SAMPAI HABIS -----------------------------



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda S.A.W.,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T.,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah), hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W., "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu



Tuesday, 17 January 2012

mutiara kata (^_^)

Assalamualaikum ..
 hyee kawan2 :) . okeyy hari ni kirara nak share sikit sal mutiara kata by Ustaz kita yg dikenali ramai sgt Ustaz Azhar Idrus :) hehe .. Alhamdulillah beliau berjaya menarik ramai

 golongan remaja kita ke arah kebaikkan :) .. aku pon suka dengar ceramah ustaz hehe ..cer kwan2 dgar lawak pon ada kecek ganu sikit lahh ya heh .. jum2 nk share ney :) .ekceli ada byk lagi tp kirara ambil sbhagian sahajaaa ^^



''CARILAH CALON SUAMI atau ISTERI YANG BOLEH MEMBAHAGIAKAN KAMU , TAK COMEL TAKPE ASALKAN BOLEH TUTUP LAMPU ''

''SIAPA RASA DIRINYA CANTIK , DIA BERTUAH JIKA BERSYUKUR KEPADA ALLAH ''

'' MEMAKAI TUDUNG TIDAK WAJIB TETAPI MENUTUP AURAT ADALAH WAJIB ''

''Takdir adalah ketentuan dan kehendak Allah S.W.T dan jodoh yang telah menjadi pasangan

 hidup atau yang masih berusaha mendapatkannya adalah atas kehendak dan ketentuannya..

 Semuanya telah tertulis dalam Luh Mahfuz.''

Jadi jika seseorang itu ditakdirkan untuk menjadi jodoh kita,tidak akan ada satu tangan pun

 yang dapat menghalanginya atau memisahkannya.

''Tetapi kita harus berusaha menjaga jodoh yang terbaik atau mendapatkan yang terbaik 

kerana Allah Swt akan mempertimbangkan usaha dan doa hambaNya..''


''Tetapi, jika dia telah ditakdirkan bukan untuk menjadi jodoh kita, atau tidak tepat untuk

 kita..Walau ada seribu tangan yang membantu,dia tetap bukan milik kita.''



‎"Jodoh ditentukan oleh Allah mase umor ktew 4 bulan dlm kndungan ibu..


malaikat akan tulis name kite,rezeki,kerja,kawen gan sape, cerai kew dop, anok brp &

 smuanya tentang dri kita.." 



''Makin banyak yang kita belajar, makin banyaklah yang kita tahu. Makin banyak kita tahu,
 makin banyaklah yang kita lupa''


''Sabar adalah senjata, saya tak pernah kecewa menggunakannya''

''Hati tanpa zikir ibarat rumah kosong. Hati dipenuhi dunia ibarat rumah berhantu''


yea ! tu laa sedikit sebanyak yg kirara dapat hehe saja nak share kayh :) .. Asalamualaikum :)


Friday, 13 January 2012

hari yang membuatkan PIPI aku menjadi CEKANG

Assalamualaikum . 

hyee kawan ! .. apa khabar ? hee ~ hari ni hari sabtu .mesti ramai yg hangout kan ? maklum laa cuti sekolah hehe rindu pulak sblom SPM kirara rajinn tersangat2 pergi LIBRARY haha .. 


then sekarang x p dah laa nga tunggu reslut kluar .ouhh men !! kegetaran woahh (>__<) .. okey abaikan pasal tu hehe .skg kirara nak cita kenapa pipi kirara jadi cekang ney haha 


.ekceli kemaren hari jumaat .. saya kesorangan di rumah jado saja ajak laa teman teman saya nadiah aka cik lalla putput bersama syifaa farhana aka syifa tajima putpret mai rumah 


.so depa pon mai laa *haa loghat kedah aku keluaq dah .hee sorry naa aku x leh pisah ngan loghat utara ney heh ..then depa mai uma aku dalam kul 3 mcm tu laa :) .tenkiu kawan sebab teman aku heh .. then sembang2 dan bergosip bagai kami 3 org ,pkul 5 mcm tu kami kluaq laa p makan sebab peqot aku dah berdangdut remix dah .memang lapaq gilaa .kami pedeqaih p nasi ayam depan billion heh .. then duk satt syifa kena balek awai maklum laa 


depa busy lanie haha ..sokey syifaa teruskan usaha gigih anda ! aku sebagai kawan sokong hg ! *muka excited mcm pemimpin negara bg semangat kt rkyat :D  .. tinggai laa aku ngan 


nadiah .kami makan2 then buat mcm restoran tu rumah kami pulak .haha sembang xmaw maw ngan ketot sorang ney haha opss ! >,< hee ~ x sengaja weyy =,=''  . lepas makan tuh 


kami p taman satt saja nak snap pic laa kata kann padahai xleh snap .ada hanjing weyy ! muka cuak teqok haha .. snap 2.3 pic jaa pastu kami belahh .lau x belah stg x pasai anjing yg tolong snap pic kami  =.='' pastu xpa laa then kami pon snap laa kt uma kirarararara 


blinkblinkblinkblink ney haha amboyy byk blink2 naa haha .. entry aku tajok neyy sebabb !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1 ... bila aku duk ngan depa2 ney gheja (kerja) gelak jaa .. sampai


 cekang pipi aku gelak punya pasai haha .. sokey2 ! enjoy ur day la katakan haha .jum2 usha pic2 kami sikitt .. snap x tera mana ponn .to my dear syifaa sorry syg awk balek awal so pic kita bersama ehemmm hanya tersimpan di hati awak saja ^_^ .sokey kan ? hehe .. 



muka steady lagi anjig duk melalak kod belakang nuee =='

ney dia nak habaq kt semua org kata dy sedang berusaha gigih meninggikan ketinggiannya :D

aku nak snap pic jalan sebenaq nya tiba2 dy p duk nyanyi lagu negaraku haha :D
lastly snap depan uma aku pon dah ckop HAHA

 tu je lahh hehe .btw aku sayang gila hampa !!! hehe .. duk ngan hmpa memang enjoy terok ahh .hehe oke lahh papai !! Assalamualaikum :)

KAWAN JANGANLAH KITA LUPAKAN :)


Wednesday, 11 January 2012

‎8 perangai perempuan yang disukai lelaki

Assalamualaikum .
 hye2 rini kirara ada terbaca pasal ney kt facebook .. so i wanna share it with uols :D ..lau salah tu minta maaf okey .kirara just copy n share sahaja hehe .. :)


8 PERANGAI PEREMPUAN YANG DISUKAI LELAKI




1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Sunday, 8 January 2012

untittle

Assalamualaikum ..
 heyy blogger .. how are u ? harap2 sihat selalu oke .. oke hari ni kirara nak update pasal ''UNTITTLE'' entah laa kenapa tajuk dia mcm tuh .. seriusly hati kirara rasa sunyi sgt wlaupon ramai kawan kawan yg x pernah jemu melayan karenah kirara .. myb i miss my old fren :'(  .

 imiss their laugh .. i miss their joke . :'( .. now im at home .. no more school .. dah habis spm dah .. bosan jee kan ? :( .kegetaran tunggu result mula terasa di hati kirara ... kawan 

kawan pon mcm tu jugak kan ? .. nywy berdoa dan bertawakkal kepada Allah saja ..kita dah buat yg terbaik pon .. back to the point .. i really really really n seriusly miss my fren .. specially nadiah :'( .. weh .. aku xtaw kenapa kita mcm renggang jea skg weh ? :'( seriusly 

aku rindu hg .. rindu nak melawak ngan hg .. rindu nak gelak2 ngan hg n semuanya .. kenapa kita jadi mcm dah x rapat ? aku ada buat salah ? lau ada .. aku mntak maaf oke ..sorry 

tersangat2 ..aku mengaku aku bukan kawan yg baik .. aku hanya nak yg terbaik untuk hampa .. bila lagi boleh kembali mcm dulu syg  :'(   .. im alone .. wlwpon kawan ramai sekeliling 

aku tapi ... bila aku dah x rapat ngan hg mcm dlu .. aku rasa something wrong .. aku ngaku aku x reti nak pujok membe2 yg dalam sedih aku hanya nasihat jea .. n aku seorang yg 

senstve sgt .. lau aku marah tu .. harap hmpa faham dengan aku .. aku nak yg terbaik .. xmaw org mengata kawan kawan aku kot belakang (mngutuk ) .. x syiok aa mcm ni kan .. so 

.. habes kuat pon aku nasihat n marah hmpa .. myb cara aku memang salah tp harap hmpa fham aku nak yg terbaik .. dlu kita share mcm2 story tapi sekarang .. ehemm .. dah 

berahsia kan .. hurmm .. aku harap kita dapat berbaik n rapat mcm dlu sampai ada org jeles tgk kita .. :'(  .n kt sini tempah luahan hati aku .. seriously aku rindu gilaa kt hg :'( .







aku harap kita dapat kembali mcm dlu .. bila tgk pic2 smua mmg rindu n rasa nak masa berputar balik kan :') .. apa2 pon thengs syg hg sudi kawan ngan aku :') .aku syg hg gila.. thank you .. that ol .. assalamualaikum .. :)

aku harap hg x tinggai  n lupakan aku :')



Thursday, 5 January 2012

adakah anda tergolong dalam golongan ini ??_female only_

Assalammualaikum .. 
kawan-2 hari ni aku nak share somthing .. :) .. myb kita x perasan n jrg search bab2 ni kann .. harap korang smua baca oke apa yg disharekan ini .. hihik :) thank you .. ekcli kaun hawa sahaja .. kalau kaun adam nak baca pon boleh .. no problem lahh kawan-2 ! sharing is caring rite (^__^) ..jum2 .. adalah anda memiliki ciri ciri tersebut ? ..

CIRI CIRI WANITA SYURGA ^_^

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.